Sunday, May 22

Cakap tak guna tendang pun tak kena

Hai followers . Hai readers . Hai voters . Hai strangers .


Makanan yang paling digemari lipas ( walaupun anti gila sama kau ) ialah gam yang berada di belakang setem . 

Tak kira macam mana sekalipun sekeping kertas tak boleh nak lipat lebih dari tujuh kali .  ( Cecuba )

Butang baju lelaki biasanya di sebelah kanan dan sebelah kiri untuk perempuan .

Karaoke di Jepun bermaksud ‘ Orkestra Kosong ‘ ( Haa , kaki karok sebenarnya bintang orkestra ) .

Terbalik kan perkataan racecar & kayak , hasilnya ?  Sama kan . ( Ada byk lagi cari sendiri )

Nama yang paling banyak di guna kan di dunia adalah Mohammad . ( Check IC kamu sekalian )

Di Albania , menggelengkan kepala bermaksud YA and menggangukkan kepala bererti NO . Jom try .

Lelaki enam kali lebih mudah disambar petir . ( Duduk rumah waktu hujan wahai lelaki sekalian )


Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan  . Amik kau .

Tengkorak manusia terdiri daripada 29 jenis tulang . Sapa tahu tolong senaraikan .

Impossible nak batuk and sendawa serentak . ( Macam pernah je aku )

Kucing mempunyai deria bau lebih 14 kali lebih kuat dari manusia . Basic Info .


Buah strawberry sebenarnya mempunyai  lebih vitamin dari buah oren . ( Aku mmg tak makan buah oren )

Kepala manusia masih hidup untuk 15 – 20 saat walaupun tubuh dah matik .

Air liur kita sangat mujarab untuk sembuhkan luka .

Panjang dua jari hantu dari hujung sama panjang dengan hidung korang . ( Ukur , ukur )

Maharaja Morocco mempunyai 525 anak lelaki dan 342 anak perempuan dengan 1703 isteri . ( Masyuk gila )

Pada gaun permaisuri perancis , De Valois telah dijahit 34 hiasan bentuk hati and itu melambangkan sejumlah 34 orang lelaki telah mencurik hati dia . ( Yang seorang pun tak terlayan . )


Daripada 75 tahun umur kita , 25 tahun dihabis kan dengan tidur . ( Aku punya lebih lebih )

Congestion yang paling buruk pernah berlaku bila 1.5 juta kenderaan berbaris panjang menyeberang sempadan Jerman T and Jerman B . ( KL asal hujan accident tayah cite banyak tak sampai sesaat dah berbaris panjang kalah nak beli tiket wayang )

Tak akan wujud folder ‘con ‘ dalam lappy korang . ( Mesti nak try kan , )

Mao Tse Tsung TAK PERNAH GOSOK GIGI dia tapi dia guna air teh untuk berkumur kunyah daun teh untuk bersihkan gigi dia . Petua untuk orang malas gosok gigi .


Sehari di planet Pluto = Seminggu di Bumi . ( Sehari tak jumpa macam setahun rasanya . Ayat cinta bodoh )

James Garfield boleh menulis dengan kedua dua belah tangannya secara serentak dalam dua bahasa yang berbeza . ( Bukan Garfield yang orange tu )


Chimpanze adalah satu satu nya haiwan yang boleh kenal diri dorang dalam cermin .

Snooker berasal dari india . ( Keturunan la korang kalau main tu )

Pemilik syarikat rokok Malboro mati sebab kanser paru paru . ( Nasi lemak lauk paru sedap )

Tali violin dibuat dari tulang ikan paus . ( Boleh buat cungkil gigi )



Orang berambut perang lagi banyak bilangan rambut dari orang berambut hitam . ( Kalau jenis yang dari hitam ke perang macam mane )

Seekor babi hutan tidak akan pernah mendongak ke langit . ( Kalau kena kejar lari lah ke langit )

BS : Semua pun kelam kalibut mengira detik . Hmphh .