Segala sudut di himpit himpit dengan hampir .
Cuti makin hampir penghujung . Isnin depan dah start life macam biasa balik . Student life budak budak panggil . Dah masuk pusingan lima . Tak boleh main memain tak boleh suka menyuka . Semua pun tak boleh . Kena focus .
Credit hour merundum jatuh . Tiga puluh percent aku agak . Kira hitung darab bahagi semua nya berjumlah empat belas sahaja . Tak ada yang empat . Itu nasib baik . Tak seberat pusingan empat .
Tapi tak tahu lagi environment subjek boleh get along atau tidak harap boleh . Pasti .
Bukan cerita cuti je . Hasil pusingan empat pun hampir dengan kemenangan tapi aku rasa syukur . Tak bangga tak bongkak aku teruja . Maaf andai terfikir begitu tak salah asalkan aku bukan mendabik dada . Tercabar teruskan mencabar aku . * Aku tak cakap sapa sapa .
Dapat tak dapat . Itu hari hampir dapat sekarang berdoa lah aku dapat . Nak kekuatan nak berbicara ingat stage penting dah lepas rupanya berdepan sendiri aku . Mana kekuatan aku meh sini dekat aku merayu . Tarik deep deep nafas .
Semua benda pun nak hampir . Aku rasa aku hampir lepas kan . Aah diri aku cakap macam itu . Hari yang sibuk dah mengintai aku terima intaian itu . Itu punca kenapa aku hampir melepaskan . Jaga lah kau diri sendiri .
Setiap kata terselit rasa hampir . Bukan hamper tapi hampir . Kau tak nak aku tak apa sebab aku mungkin begitu . Eh , lelaki hampir pupus . Aku suka .
Esok bangun pagi gosok gigi basuh muka sabun badan jangan lupa shampoo rambut bersiap pakai baju kurung bercelana celak pergi bangi daftar diri . Hampir penghujung cuti aku .Hampir sampai penamat .
Dah sampai pun .
BS : Packing stuff *Excited , tak pon .