Sunday, September 2

Tak Kompleks



Semenjak dua menjak tak bekerja ni , bangun online tidur bangun makan tidur . itu je la aktiviti harian yang memenuhi jadual hidup aku sementara menunggu masa nak menjejakkan kaki ke alam bergelar seorang pelajar . Ke tahap yang lebih tinggi , degree nama nya .

Aku dapat hostel . Kalau dah sampai ke pengetahuan parent aku , ada ruang untuk berkata tidak ? untuk membantah ?Mimpi lah kau kalau itu wujud . Ok, macam yang kita deal . Kalau dengan penempatan aku kat hostel yang dah memang sah Kolej Rafflesia nama nya boleh memberi impak yang sangat WOAHH bermakna , jarak bukan alasan . Akan tetapi , kalau sebalik nya , tak kan tu pun tak boleh fikir .

Aku pernah naik tweet cakap sebelum dan selepas tentang penerimaan aku dekat bangi . dulu . Sebelum aku jadi pendatang dekat bangi tu , aku sepenuh hati risau memikirkan apa yang ada kat sana , apa yang tak ada juga . Tapi , paling tak boleh blah aku cari mall yang ada kat situ and ternyata mengecewakan bila ada warta dengan PKNS . Tapi , at last bertemankan orang bangi sendiri , bangi itu indah dan owsem sebenarnya .

So , kalau dekat puncak macam mana pulak ? nak kena cari penduduk tetap puncak pulak ? you wished . Dah pernah pergi buat spot check dekat puncak tu and so far okeyy . tak seteruk yang pernah di canang canang kan .  i'm okeyy with it .

Cuba kira , tolak darab kali semua formula . Cuba laah . Tinggal empat hari je lagi . EMPAT HARI bukan EMPAT BULAN . Err , kebahagiaan hidup sebagai seorang manusia hancus lebus teruss . Lepas takde goyang punggul inul . takda takdak . goyang kepala memikirkan assignmemnt mendatang saja laa jawab nya .

Tak kisah la apa pun rungutan , aku sedia terima cabaran mendatang .Dah makin besar , makin matang kan . Cepatlah datang 8 september 2012 ((: 


Degree saya



Pertama , Alhamdulillah kerana berjaya di tempatkan dan mendapat apa yang di inginkan . 

Kedua ,ohh , dapat puncak alam . kan memang kat situ je ade .

Ketiga , dah degree dah aku . Cepat je masa berlalu . Kami yang perempuan , bersama lagi sekali untuk perjalanan peringkat degree .

Keempat , nampak tak tarikh dalam kotak tu ? Nampak tak ?? Hampeh . Nak cuti lagi . Tak puas lagi . Gila , kan ?

Saturday, September 1

Pemilik


Muka terkini si pemilik sesawang ini . Itu saja mampu di bicara . 

Raya 2012

Ketahuilah saat aku sedang ketuk pijak keyboard lappy ni dengan jari gagah perkasa aku ni , ia nya masih di bulan syawal . Oh, oh bukan nya Schawal okeh *adored

Raya tahun ni hambar. Raya tahun ni kurang menarik . Raya tahun ni hampa . Raya tahun ni suram . Raya tahun ni tak mendapat . Tapi masih bersyukur kerana masih berpeluang bernafas sehingga ke detik ini . Alhamdulillah.

Raya kali ni ada perbezaan serupa tak sama macam tahun tahun sudah . Raya kali ni satu hari dua destinasi . Pagi ampang petang klang malam zon kediaman sendiri . Yang menariknya , setelah hati di duka lara oleh satu kejadian , sepupu sepupu yang gorgeous memujuk tetapi lebih memaksa keadaan nya mengajak ke I-city . Gila, kan ? Baru collect duit raya dah lebur hancur .

Dorang ajak sebab tak tahu jalan , tu je . Kurang ajar punya sepupu  . Nasib at last belanja kite makan mcd . Ohh , sengaja nak menggemukkan aku . Kan ? *dah masuk keluar balik masih nak membebel benda yang dah lepas .

Tapi . Tapi, yang penting raya tahun ni dengan ehem ehem baru . Tapi belum raya bersama lagi . Yelah , orang tu ada kampung . Balik cuti , terus kerja . Tapi . Tapi , dia sanggup tu nak cari baju sama colour dengan aku . *senyum panjanggggg tak cakap nak baju sama colour tahu boleh kita bincang sama sama , sayang (:

Seriously , takde cerita yang menarik nak di kongsikan berkaitan title di atas . Tengok bawah pulak , duhh !









back

hai hai . 

tengok title macam maksud belakang tapi tak bukan . sebenarnya kembali . kalau kira kira ada lah macam empat lima bulan punya tinggal keadaan belog ni . dah sama panjang tempoh percutian panjang . banyak sebenar nya nak kongsi nak cerita nak bualkan nak luahkan kalau di kira kan . tapi , itu kita simpan untuk next entry *entah bila . kekeke . tapi satu gambar aku bagi kongsi tentang keadaan sekarang . See ya ;)


p/s : Bahagia kan ((:

Thursday, March 8

First

First after kecundang aku nak cakap i already got the new one . Please be informed that he is more better . Seriously.

BS: Just came back from date-a-thing tadi :D

Monday, February 27

OHOI

Ohoi , ini belog aku ke yang dah terbiar lama ? Memendam banyak sangat rasa bila nak buraikan . SEBENTAR . 

BS : Happy Birthday yang ke duapuluhsatu encik (:

Thursday, January 19

Terukir di Bintang


Jika engkau minta intan permata
 tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang 
dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia
 akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu 
pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang 
tak mungkin hilang cintaku padamu

Saturday, January 14

an idea

Menyesal aku putuskan kamu kerana ternyata aku tak mampu menahan sisa azab cintamu

MUET

Result dah keluar :D

Lama

Dah lama aku tak bertandang and luah meruah cerita berbagai . Dah semester enam dah makin sibuk . Baru selesai minggu peperiksaan minggu quiz tapi tak makna aku duduk rehat goyang bontot . Minggu submit report , minggu assignment bertandang sekarang amik giliran . 

Boleh jugak kata sekarang dah sibuk tentu haluan hidup laluan penyambungan masuk daftar sebagai pelajar degree . UiTm dah bukak laluan tinggal nak pergi BSN and grab no pin . After that boleh submit permohonan tu . Tapi terkejut , mula mula di beritahu cgpa wajib minimum 2.75 dah tadi tengok 3.00 . Terkedu .

Tolak tambah ada dua tiga bulan sebelum officially done my diploma . 

Dah tempah enam bulan untuk jadi penganggur sementara . Any vacancy ?

Dah assignment dah banyak nanti update lagi . Take care . 

Tuesday, November 22

Wednesday, November 16

Feel this way

Well not so well pusingan yang ke enam terakhir kata nya dah hampir . Tak sampai 48 jam masa yang tinggal untuk aku melangkah kembali menjadi seorang pelajar yang berdedikasi cemerlang bijak pandai rajin bersungguh dan seumpamanya . Tolong convert kan segala add-jek-thief tu . 

Cuti semester kali ni aku nak kata menarik tak ke mana nak kata tidak jangan nak tipu . Pengalaman baru aku kerja baru eh semua pun baru amboi kata kau . Tak . Aku ketagih The Sims on pasembuq tu sahaja . Sanggup aku abai yang lain hanya untuk that game . Pengaruh .

Cerita lagi aktiviti yang berlangsung sekitar masa lepas . Sorry kalau kau nak kata aku darat batak atau  katak . Did i trabeling you ? Back on the track . ADAMAYA . Aah , tengah cakap pasal itu . Boleh ganti cerita kisah cerita Arwah nya Tan Sri P. Ramlee . Aku sangat adore dia . Muka dia ada sikit macam maa daddy daddy cool . #BiarKalauNakPerasan . BACK BACK . Adamaya itu sangat superb superb coolest story EVER ! Noktah .

Dari panjang ke pendek tak sependek telur . Aku tak lucah lah . Banyak hikmat banyak kebaikanya . Buka mata aku hati aku jadi lebih baik . Alhamdulillah .

Kira kira dah tujuh hari masih hidup dan lebih gembira boleh nampaknya .Sekali lagi . Alhamdulillah .

Dah boleh cakap bye .

BS : Dugaan pusingan ke enam .

Tuesday, November 15

Monday, November 14

Main nombor

Pusingan ke enam secara realiti yang terakhir dah nak habis makin melangkah ke depan kejar masa depan untuk kehidupan .

Turun dua jadi empat hah empat hari tinggal sebelum kembali dari bercuti tak berapa nak panjang dah pasti dugaan bosan suka tak pasti mendatang .

Semua nak main kurang dah jadi lapan aku seorang aku rasa puas dan bagus .

Antara dua aku keliru mana satu patut aku sambar nak pasti goal aku achieve kena mesti jumpa mentor agak nya baru dapat buat pilihan . Ehh , jumpa mentor aku cakap .

Tiga belas masih jadi nombor .

Dua puluh empat jam aku hidup untuk sehari dalam masa cuti ni aku tak sabar dah rancang aktiviti selepas tamat pengajian . Jangan cas cas .

Tiga tiga tiga sembilan ulang doube B apa lah sangat si comel atas bumi .

Kosong jiwa aku berani cakap sekarang yang datang and pergi semua aku pandang kosong . Kosong .

Dah lebih 20 keping aku guna . Apa banyak sangat ni . Berhenti lah .

Aku berhenti dan menaip kembali pada lapan tiga tiga minit malam .

Ada satu tablet sekarang dekat aku tapi macam tak guna tak ada function . Nak amik ah .

Wednesday, November 9

#1 Wordless Wednesday

Precise

for my own self

NOW

Pendek pendek pergi main telur .

Tuesday, November 8

Hodgepodge

Nama GAH .

Terumbang ambing perjalanan cerita aku mana nak mula mana satu punca aku sendiri pun tak tahu . Apa penghujung cerita aku sendiri dah tak hadap dah tak nak tunggu .

Dari satu masalah ke satu yang lain dah berjangkit tapi tak lawan penyakit . Nak predict itu langkah sumbang bahaya baik jangan ikut sahaja bak kata ada ada tak ada tak ada .

Bukak tutup bukak tutup mata sedar dah memang sedar aku dah penghujung cinta cuti . Tak sampai sepuluh hari * kira kira da jadi pelajar senior aku ni . Tahun kahir semester akhir semoga semua berjalan lancar biar la orang masih membantai . Rezeki aku tak hancur sebab engkau .

Oh jangan bercerita tentang nya . Malas bosan dan seangkatan . 

Kelam menkalibut entri ni . Itu perbandingan persamaan . Malam .

Sunday, November 6

Impression

First impression can make or break your first meeting with someone new .

Kebiasaan diatas itu normal . Itu hanya permainan luaran semata mengorak langkah ke hadapan yang sebenarnya seperlu nya . Boleh di ubah nak rasa up orang kata modified kalau rasa tak mengena .

Kata putus lelaki yang smoke tak ada hukum lain wajib juga aku beri kepada mereka bad impression . Ditanya kenapa satu jawapan pasti dah sedia untuk di edar . Kebersihan is the main point . Berapa kerat bahagian bilangan smokers yang jaga betul betul dari segi bau badan , bau tangan and bau mulut . Oh plus dengan condition mulut contoh warna gigi dan bibir . Bibir itu asset lelaki yang aku cari . 

Cukup bulu dekat kepala mata kaki tangan cukup . Jangan lah simpan lagi dekat mulut tu . Dari jauh tengok dah bole rasa macam mana rasa kalau dekat . Dah masuk bab biru . Aku rimas tengok serabut kalau jaga takde apa bersilang berlingkar berserabut dah macam semak belakang rumah aku . Hiperbola sungguh perbandingan kau tu . Ada orang dulu selalu kena tarik janggut kalau jumpa . Tutup itu cerita lama .

Jangan serabai jangan main bantai main sarung . Memang bukan memilih tak bermakna semua tangkap muat makin lama makin beumur bermaksud makin pandai menjaga penampilan . Senang mata aku hanya jeans t-shirt dah cukup tak perlu jacket blazer itu ini . Sakit menaip sesakit mata . Ada tapi , oh maaf masih ada jangan di ulang baju yang sama lebih dari dua kali dalam keadaan tak dicuci . Faham sendiri .

Biar tak ada wangi an peduli kan tapi natural bau badan boleh kau lupus kan dengan mandian . Tak payah 10 minit pun tak apa kalau malas tapi sekadar basuh badan , gosok gigi basuh muka itu dah memadai .

The sims dah panggil .