Sunday, May 1

Usop Wilcha kata ' ... my feveret '

Hai , hai . Entry kali ni bukan nak cita kat hangpa pasai blueberry cake , dok ehh . Bukan jugak nak habaq kat kamu semua pasai apa yang memang dah ada kat page kisah saya tu . Dok ehh . La ni , cheq nak habaq kat hangpa suma pasai kuih kegemaran cheq . Sattt , awat aku dok leteaq loghat utara ni . Tukar , tukar .

Yuhoo , im back . Takde dah loghat dari satu malaysia . Bak kata Najib , Satu , Rakyat kat belakang duk cakap , Malaysia . Aku tengah bayangkan gemaan suara itu semua . Ok , bukan nak cerita pasal politik atau patriotik . Fullstop , ehh mane keypad fullstop nh , yang ni ke ! Bkn , bkn mungkin yang ini . Yaa . Betul . Rapuan melebihi tahap maksimum wahai si buncit .

Alrite . Mari bekerja wahai anggota sekalian . Entry kali ini sebenarnya tentang kuih kegemaran saya . Banyak kan sebenarnya kuih kuih kat malaysia ni and datang nya dari pelbagai pelusuk negeri . Macam macam warna , rupa dan juga rasa . Nama pun kadang kadang sounds weird tapi superb lah taste dia . Tak caya ? Pegilah cari . Dah makan , jangan cari aku kalau tak sedap . HAHA .

Dalam banyak banyak kuih kat malaysia ni , yang paling top chart dalam jiwa aku ini adalah kuih Caro , opss , Cara Berlauk . Korang tahu ke ? Haruslah kuih itu wujud . Tak kan aku nak makan something yang tak wujud . Point number empat dalam ratification under agency adalah principal must exist . Contoh cases ade kelner v baxter . Weh , apesal masuk pulak law dalam ni . Tolong jgn interrupt kebahagiaan saya ye mrs . law . KUih feveret aku ni berwarna kuning , berintikan daging cincang dah accesories nya yang lain . Dia kecik je saiznya tapi rasa dia , Aww . I like . Very bery like lah . Memang caro lah aku makan . Pernah makan jugak ? Sedap kan . Kalau korang offer aku , make sure offer kesemuanya sekali . Sanggu aku curang dgn mcd demi kuih ini . Haha . Bawah ini rupa kuih feveret top chart aku itu . Terliurnya aku tengok sihensem ini . Nak!!


Yang kedua ini meh lah korang try fikir . Dia masak dalam loyang atau talam . Lepas itu , dia menggunakan tepung apa ehh .  Yang itu aku tatau tetapi dia pun berwarna kuning tapi dia jual dalam bentuk petak sebab orang yang jual tu potong and yang penting nya , punca aku suka dan love love lah kuih ini sebab , sebab dia ada corn . Tak faham cari kamus dewan bahasa jilid 90 . wujud ke . Haha . Dapat teka tak ? Tak dapat eh . Ok lah , nama kuih itu bingka jagung . 

Ketiga adalah kuih ini .


Yaa . Kuih keria yang diperbuat daripada keledek . Diulangi . Keledek . Saya suka makan keledek rebus . Hulur je pantas menyambut . Keria ini adalah kuih yang digumpali gula . Serius sedap if di compare kan dengan donut . Donut puncanya dari tepung dan tidak natural . So , if nak rasa kaw kaw , saya choose keria . Tapi , susah kan nak jumpa keria yanbg lembut sebab mostly jual kuih ini , sometimes keras ngalahkan batu loncatan saja . Simpulan bahasa okehh . Tetapi , whateveritispon , ia nya masih keria dan sedap .


Kenal ke kueh itu ? selalunya aku just nampak kuih tu time bulan puasa dekat bazar . Susahnya nak cari kuih ini time time biasa even dekat pasar malam . Haihh , jadi hidangan ini mungkin perlu ada sebagai kuih muih sekiranya mood aku untuk makan kuih ado . Serius sedap kuih ni . Nak nak makan dengan gula melaka tu . Fuhh . Until end end aku makan . Biasanya tiga seringgit kan . If i not mistaken lah kan . Sesapa ada jumpa kuih ini , tolong tolong lah hulurkan pada patik . Dah lama tak makan . Tersangat menginginkan nya . Peace .


Sayan hanya makan lepat pisang tidak ubi tidak selain nya . Tapi banyak tempat jual lepat ubi . Urghh , hampa sungguh aku bila pergi kedai tapi takde jual . Apalah . Pisang punya lagi sedap dari ubi ok . Rasa dia , umphh . Sesedap minum air teh lipton . Makcik makcik , tolong lah produce ini lepat untuk dijual di kedai kedai dan gerai gerai untuk dibeli untuk saya . Sedappp nya lepat yang panjang ni . Ohh , bukan kartunis ujang yang lepat tu okehh .

Mungkin itu sahaja yang menjadi feveret untuk masa ini . Tapi , ada jugak kuih kuih lain yang masih aku makan dan minat tetapi tidak terlalu obses untuk kuih yang tersenarai kat atas ni . Alrite . Mungkin berhenti sini je . Nak gerak g Ampang nak merendek di bawah pohon yang pendek . Haha , abai kan . Bawah ni , diselitkan gambar dan nama kuih yang still aku makan walau tak obses . Babai . Salam .

Buah Melaka (:
Seri muka (:
Apam Balik (:
Koci (:
Bambu apa ntah* Jual kat chowkit (:
Tepung Pelita , Tako (:
p.s : Kuih raya lain pulak ceritanya .